Home

Isnin, 7 Januari 2013

Tepung pelita


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ini adalah entry kedua yang farah terbitkan. Nak karang ayat pun ambil masa berhari-hari. Susah juga kan bahasa ibunda kita ni kan? :D

Bercakap pasal bahasa ibunda, hari ini farah ingin shared kan sejenis kuih sejak dari zaman nenek moyang kita lagi iaitu kuih "tepung pelita". Sebenarnya first time farah buat kuih ni sebab teringin sangat nak makan. Nasib baik ada blogger terkenal juga kak ita yang sudi shared kan resepi ni. Namun tepung pelita farah buat kali ni ada sikit kelainan dari segi rupa bentuk acuannya. Almaklumlah, dagan perantau di bumi yang gersang ini amat sukar mendapatkan "daun pandan" yang sepatutnya digunakan bagi membuat "sampan daun pandan" sebagai acuan tkuih tepung pelita ini. Farah pikir punya pikir akhirnya terpandang lah acuan tart.Lalu farah olah bentuknya maka terjadilah Tepung pelita dengan bentuk yang menarik ni. Alhamdulillah, rasanya tak lari tau, sedap!! Terima kasih kak ita kongsikan resepi ini... ♥♥

Jom kita terus je tengok cara2 buat kuih yg best ni!...

Bahan2 lapisan bawah (lapisan hijau)

160 gm tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula -farah guna gula castor, senang larut
7 cawan air daun pandan - blend dan tapis airnya.
sedikit pewarna hijau jika air pandan tak cukup terang



Cara membuatnya

Campurkan ke semua bahan2 tadi, kacau hingga larut, masak diatas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. Kemudian boleh terus masukkan ke dalam acuan/sampan daun pandan. 

Ok, inilah hasilnya untuk lapisan bawah 




Sekarang maju pula untuk lapisan atas iaitu lapisan putih.

Bahan2 lapisan atas (lapisan putih)

130 gm tepung beras
1/2 sudu besar tepung jagung
7 cawan santan kelapa - pastikan santanya pekat sedikit.
1/2 sudu kecil garam -farah letak lebih sedikit sebab nak bagi lapisan putih rasa lagi berlemak

Cara membuatnya

Campur semua bahan2 tadi dan kacau sehingga larut. Masakkan atas api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat. Setelah itu, lapiskan atas lapisan hijau yang telah siap tadi.
Seperti gambar ni ... ;) Biarkan sejuk dan selepas itu masukkan dalam chiller/peti sejuk.


Setelah ia sejuk, bolehlah dihidangkan. Amacam ?.. Cantik tak tepung pelita versi farah ni?..:)


Senang tak prosesnya? Senangkan! Kuih tepung pelita yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Dari farah kecil sampailah sekarang suka sangat dengan kuih ni. Sekarang, anak2 farah pula amat menyukainya. Pantang jumpa jika pergi sarapan atau minum petang pasti kuih ini yang akan dipilih. Diakhir kata, InsyaAllah farah akan buat lagi entry lain dengan kepelbagaian masakan dan resepi yang ada seantero dunia. Semoga berjumpa lagi di episod yang lain. Selamat mencuba! Assalamualaikum..... ♥♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan