Home

Rabu, 9 Januari 2013

Ikan Kerapu Bersalut Tepung Masam Manis

Assalamualalaikum,

Yeay,..dah masuk resepi ke-3. Farah makin seronok pula tulis blog ni lebih-lebih lagi bercerita tentang dunia masakan. Farah bukanlah jenis yang kuat makan tapi family members memang sentiasa menjenguk ke dapur cari benda makan. Anak2 farah baru 3 orang itupun tak menang tangan asyik "tong tang" je kat dapur. Macam mana la kan orang2 dahulu kala yang majoriti nya anak2 ramai boleh mengatur perjalanan aturan makan mereka seharian dengan tidak mempunyai teknologi yang canggih seperti era kita sekarang ni. Farah betul2 "salut" dengan orang2 zaman dahulu kala. Diaorang memang best!!
Resepi kali ni ialah Ikan Kerapu Celup Tepung Masam Manis. Resepi ni adalah salah satu masakan cina, amat popular kat restoran2 cina. Tidak pernah pula farah nampak menu ni di kedai2 ikan bakar yg biasa farah pergi. Mungkin ada, cuma farah je tak tau lokasi kedai tersebut.  Kalau kalian semua tau kat mana, boleh nanti shared!!

Kebetulan encik suami bawa balik ikan kerapu ni dari tempat kerjanya, jadi apa lagi, bukalah buku resepi yang agak banyak juga farah ada. Memang farah pengumpul resepi. Resepi kali ni farah dapat dari Studio Masakan Chef Hussin. Tq chef for sharing this recipe.:D



Jommm kita ke dapur!! Ikan kerapu hendaklah dibuang sisik dan disiang serta dibersihkan terlebih dahulu. Jika ikan berbau hanyir, gaulkan sedikit tepung gandum biarkan seketika dan kemudian bersihkannya semula. Farah letak garam dan kunyit sikit sebab nak bagi ikan lagi rasa bila digoreng nanti. Dalam resepi tiada, farah tambah suka hati je. hehe :)



Bahan2 untuk tepung

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 biji kuning telur
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air
1 biji telur ( yang ini jangan dicampur, hanya untuk lumur pada ikan shj)
sedikit serbuk kunyit


Cara membuatnya

Campurkan kesemua bahan2 diatas, kecuali 1 biji telur tadi. Setelah dicampurkan, lumur ikan dengan telur yg sebiji tadi. Tujuannya agar tepung melekat pada kulit ikan. Selepas itu celupkan ikan tersebut dalam bancuhan tepung tadi. Farah biarkan seketika ikan "berendam" dalam bancuhan tepung. Panaskan minyak dengan api yang sederhana, pastikan guna minyak banyak sikit kasi ikan tenggelam. Dan pastikan minyak betul2 panas. Lebih ok pakai deep fry cooker sebab ikan besar agak susah nak terbalikkan. Goreng sehingga masak dan warna keemasan. Angkat, tos kan dulu minyak, baru letak dalam pinggan.  :)

Inilah hasilnya!!




Now kita buat sos/kuahnya pula.


Bahan2 nya

4 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
6 biji baby tomato ~ guna tomato biasa pun ok
1/2 biji lada benggala ~ dipotong dadu, farah guna 2 warna lada, oren dan kuning.
8 kiub nenas dalam tin, farah tak guna sebab stok takde.
2 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
Sedikit jus buah~buahan nenas atau oren, farah ganti dengan perahan  limau nipis.
1 sudu makan tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
Garam, serbuk lada putih & gula secukup rasa.



Cara membuatnya

Tumis bawang putih dan bawang besar, masukkan lada benggala dan baby tomato, masukkan pula sos tomato dan sos cili. Biarkan ia pecah minyak sebentar, kemudian masukkan perahan jus limau nipis serta tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air. Taburkan garam, lada putih & gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak sedikit, dan curahkan atas ikan kerapu bersalut tepung tadi. Ok dah siap!!.. Hidangkan bersama nasi putih panas. Memang terangkatlah!! :)








Menyelerakan! Itulah anak2 farah cakap.Masing2 bertambah 2~3 pinggan. Anak yg kedua farah julia, siap cakap "cam makan kat hotel la mama" ..... senyum je la. Suka sangat dapat hidangan yang "cantik2"...Sesuai juga untuk dijadikan lauk pengantin.

Selamat mencuba...:)

Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan