Home

Rabu, 9 Januari 2013

Ikan Kerapu Bersalut Tepung Masam Manis

Assalamualalaikum,

Yeay,..dah masuk resepi ke-3. Farah makin seronok pula tulis blog ni lebih-lebih lagi bercerita tentang dunia masakan. Farah bukanlah jenis yang kuat makan tapi family members memang sentiasa menjenguk ke dapur cari benda makan. Anak2 farah baru 3 orang itupun tak menang tangan asyik "tong tang" je kat dapur. Macam mana la kan orang2 dahulu kala yang majoriti nya anak2 ramai boleh mengatur perjalanan aturan makan mereka seharian dengan tidak mempunyai teknologi yang canggih seperti era kita sekarang ni. Farah betul2 "salut" dengan orang2 zaman dahulu kala. Diaorang memang best!!
Resepi kali ni ialah Ikan Kerapu Celup Tepung Masam Manis. Resepi ni adalah salah satu masakan cina, amat popular kat restoran2 cina. Tidak pernah pula farah nampak menu ni di kedai2 ikan bakar yg biasa farah pergi. Mungkin ada, cuma farah je tak tau lokasi kedai tersebut.  Kalau kalian semua tau kat mana, boleh nanti shared!!

Kebetulan encik suami bawa balik ikan kerapu ni dari tempat kerjanya, jadi apa lagi, bukalah buku resepi yang agak banyak juga farah ada. Memang farah pengumpul resepi. Resepi kali ni farah dapat dari Studio Masakan Chef Hussin. Tq chef for sharing this recipe.:D



Jommm kita ke dapur!! Ikan kerapu hendaklah dibuang sisik dan disiang serta dibersihkan terlebih dahulu. Jika ikan berbau hanyir, gaulkan sedikit tepung gandum biarkan seketika dan kemudian bersihkannya semula. Farah letak garam dan kunyit sikit sebab nak bagi ikan lagi rasa bila digoreng nanti. Dalam resepi tiada, farah tambah suka hati je. hehe :)



Bahan2 untuk tepung

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 biji kuning telur
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air
1 biji telur ( yang ini jangan dicampur, hanya untuk lumur pada ikan shj)
sedikit serbuk kunyit


Cara membuatnya

Campurkan kesemua bahan2 diatas, kecuali 1 biji telur tadi. Setelah dicampurkan, lumur ikan dengan telur yg sebiji tadi. Tujuannya agar tepung melekat pada kulit ikan. Selepas itu celupkan ikan tersebut dalam bancuhan tepung tadi. Farah biarkan seketika ikan "berendam" dalam bancuhan tepung. Panaskan minyak dengan api yang sederhana, pastikan guna minyak banyak sikit kasi ikan tenggelam. Dan pastikan minyak betul2 panas. Lebih ok pakai deep fry cooker sebab ikan besar agak susah nak terbalikkan. Goreng sehingga masak dan warna keemasan. Angkat, tos kan dulu minyak, baru letak dalam pinggan.  :)

Inilah hasilnya!!




Now kita buat sos/kuahnya pula.


Bahan2 nya

4 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
6 biji baby tomato ~ guna tomato biasa pun ok
1/2 biji lada benggala ~ dipotong dadu, farah guna 2 warna lada, oren dan kuning.
8 kiub nenas dalam tin, farah tak guna sebab stok takde.
2 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
Sedikit jus buah~buahan nenas atau oren, farah ganti dengan perahan  limau nipis.
1 sudu makan tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
Garam, serbuk lada putih & gula secukup rasa.



Cara membuatnya

Tumis bawang putih dan bawang besar, masukkan lada benggala dan baby tomato, masukkan pula sos tomato dan sos cili. Biarkan ia pecah minyak sebentar, kemudian masukkan perahan jus limau nipis serta tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air. Taburkan garam, lada putih & gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak sedikit, dan curahkan atas ikan kerapu bersalut tepung tadi. Ok dah siap!!.. Hidangkan bersama nasi putih panas. Memang terangkatlah!! :)








Menyelerakan! Itulah anak2 farah cakap.Masing2 bertambah 2~3 pinggan. Anak yg kedua farah julia, siap cakap "cam makan kat hotel la mama" ..... senyum je la. Suka sangat dapat hidangan yang "cantik2"...Sesuai juga untuk dijadikan lauk pengantin.

Selamat mencuba...:)

Assalamualaikum

Isnin, 7 Januari 2013

Tepung pelita


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ini adalah entry kedua yang farah terbitkan. Nak karang ayat pun ambil masa berhari-hari. Susah juga kan bahasa ibunda kita ni kan? :D

Bercakap pasal bahasa ibunda, hari ini farah ingin shared kan sejenis kuih sejak dari zaman nenek moyang kita lagi iaitu kuih "tepung pelita". Sebenarnya first time farah buat kuih ni sebab teringin sangat nak makan. Nasib baik ada blogger terkenal juga kak ita yang sudi shared kan resepi ni. Namun tepung pelita farah buat kali ni ada sikit kelainan dari segi rupa bentuk acuannya. Almaklumlah, dagan perantau di bumi yang gersang ini amat sukar mendapatkan "daun pandan" yang sepatutnya digunakan bagi membuat "sampan daun pandan" sebagai acuan tkuih tepung pelita ini. Farah pikir punya pikir akhirnya terpandang lah acuan tart.Lalu farah olah bentuknya maka terjadilah Tepung pelita dengan bentuk yang menarik ni. Alhamdulillah, rasanya tak lari tau, sedap!! Terima kasih kak ita kongsikan resepi ini... ♥♥

Jom kita terus je tengok cara2 buat kuih yg best ni!...

Bahan2 lapisan bawah (lapisan hijau)

160 gm tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula -farah guna gula castor, senang larut
7 cawan air daun pandan - blend dan tapis airnya.
sedikit pewarna hijau jika air pandan tak cukup terang



Cara membuatnya

Campurkan ke semua bahan2 tadi, kacau hingga larut, masak diatas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. Kemudian boleh terus masukkan ke dalam acuan/sampan daun pandan. 

Ok, inilah hasilnya untuk lapisan bawah 




Sekarang maju pula untuk lapisan atas iaitu lapisan putih.

Bahan2 lapisan atas (lapisan putih)

130 gm tepung beras
1/2 sudu besar tepung jagung
7 cawan santan kelapa - pastikan santanya pekat sedikit.
1/2 sudu kecil garam -farah letak lebih sedikit sebab nak bagi lapisan putih rasa lagi berlemak

Cara membuatnya

Campur semua bahan2 tadi dan kacau sehingga larut. Masakkan atas api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat. Setelah itu, lapiskan atas lapisan hijau yang telah siap tadi.
Seperti gambar ni ... ;) Biarkan sejuk dan selepas itu masukkan dalam chiller/peti sejuk.


Setelah ia sejuk, bolehlah dihidangkan. Amacam ?.. Cantik tak tepung pelita versi farah ni?..:)


Senang tak prosesnya? Senangkan! Kuih tepung pelita yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Dari farah kecil sampailah sekarang suka sangat dengan kuih ni. Sekarang, anak2 farah pula amat menyukainya. Pantang jumpa jika pergi sarapan atau minum petang pasti kuih ini yang akan dipilih. Diakhir kata, InsyaAllah farah akan buat lagi entry lain dengan kepelbagaian masakan dan resepi yang ada seantero dunia. Semoga berjumpa lagi di episod yang lain. Selamat mencuba! Assalamualaikum..... ♥♥

Jumaat, 4 Januari 2013

Karipap Tun Telani

Assalamualaikum,

Hari ni Farah ingin berkongsi satu resepi istimewa untuk anda semua cuba dirumah ye. Kebetulan hari ni anak2 Farah teringin nak makan karipap, jadi Farah pun merajinkan diri menyiapkan karipap tersebut. Namun resepi karipap kali ni lain dari yg lain. Karipap ini namanya Karipap Tun Telani. :D ♥♥ Eh?!.. Mengapa namanya Tun Telani ek?



Alkisahnya, Tun Telani lah yg mencipta doh ni. Farah pun tidak kenal siapa Tun Telani ni, tapi doh karipap nya amat popular sekitar tahun 2011. Oleh kerana teringin sangat nak tau bagaimana rasa karipap ni, Farah cubalah buat. Hasilnya... memang sangat best!! Rangup diluar lembut didalam. Hinggakan 50biji yang Farah buat abis sekelip mata dimakan oleh anak2 dan suami. Terima kasih pada Tun Telani yg telah memperkenalkan doh karipap yang mabeles ni. Ok, jom kita tengok bagaimana nak buat karipap ni ...


Bahan2 Inti

5 ulas bawang besar ( dipotong dadu )
4 biji ubi kentang ( dipotong dadu )

300gm daging/ayam (ikut selera masing2)
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada giling
2 sudu besar bawang yg telah di blend kan
2 sudu besar minyak
1 sudu besar gula
1 cawan air
Garam secukup rasa


Cara membuatnya

1.  Tumis bawang lumat sehingga kekuningan. Masukkan lada giling diikuti rempah kari  tadi, tumis hingga naik bau.

2.  Setelah naik bau, masukkan isi daging/ayam, biarkan ia sebentar. Selepas itu masukkan air dan masak hingga daging lembut.

3.  Setelah daging lembut, masukkan ubi kentang. Tambah air jika sudah terlalu kering. Bila ubi dah empuk masuk bawang dadu dan masak seketika sehingga bawang tidak lagi kelihatan. Masukkan garam secukup rasa. :D


Gambar diatas adalah step by step cara-cara nak buat intinya. Now kita tengok pula cara nak buat doh nya. Caranya amat unik namun Farah dah jatuh cinta dengan karipap ini. Jom kita tengok bahan2 nya dulu..... :D

Bahan2 Kulit Karipap

470gm tepung gandum
100gm minyak jagung
20gm marjerin/ boleh guna butter
3/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam




Tak banyak kan bahan2 untuk buat kulit ni kan? Jom kita tengok pula cara buat kulit doh yg unik ni.

Cara membuatnya.

1. Panaskan minyak serta marjerin. Bila dah panas, tutup api dan masukkan tepung. Pastikan guna kuali yg lebar sedikit supaya senang nak gaul tepung. Opsss... gaul tepung pakai garfu ye..jangan pakai tangan, nanti melecur.

2.  Biarkan tepung tersebut sejuk sebentar, kemudian campurkan air serta garam ke dalam adunan  tepung berkenaan. Uli sehingga menjadi doh.

Senang je kan step2 nya. Pastikan uli sehingga menjadi doh.  Selepas itu boleh lah mengelim doh tersebut bersama inti yg telah dimasak tadi. Farah kalau buat karipap suka size yg sedang2 je. Sekali ngap je masuk mulut. Gorengkan karipap tersebut dalam api yg sederhana. Jangan guna api yang besar nanti kulitnya tak masak sampai dalam.



Bila menggoreng pastikan guna minyak banyak sikit ye, bagi tenggelam sebelah yg diklemkan tu. Tujuan nya agar karipap kita tidak terbuka. Kalau terbuka, abislah keluar segala isi perutnya... :D Ok, Farah harap anda semua dapat cuba ye resepi yg pertama Farah shared pada kali ni. InsyaAllah, lain hari Farah share resepi lain pula ye. Assalamualaikum ♥♥♥

Rabu, 2 Januari 2013

Salam 2013

Assalamualaikum,
Salam tahun baru 2013. Salam dari farah yang jauh dirantau orang. Pasti memori 2012 akan sentiasa berada dalam jiwa kita untuk dikenang sehingga akhir hayat. Tahun baru yang muncul ini kita jadikan tahun untuk kita berubah menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah, terbuka hati ini untuk menerbitkan satu blog yang mengumpulkan resepi dari seantero dunia. Semoga misi Farah ini berjaya dan diberkati oleh Allah swt. Disini tempat dimana kita boleh berkongsi rahsia segala macam resepi yang ada di bumi Allah ini. Jika ada kekurangan Farah mohon sepuluh jari memohon maaf. Akhir kata...Salam perkenalan dari Farah dan semoga setiap apa yang kita buat mohon agar diberkati olehNya. InsyaAllah.....




Salam Dendang Perantau
Dari Farah  ♥Tepung Gula Asam Dan Garam♥